Followers

Sunday, June 13, 2010

hikayat hidup minah biasa

terdapat seorang manusia yang bernama Minah Biasa.dia dilahirkan pada tahun 1950,ibu bapanya juga merupakan orang biasa.kehidupan minah biasa bersama keluarganya adalah sangat biasa seperti orang biasa yang lain.semasa melalui zaman kanak-kanak minah biasa telah bersekolah di sekolah yang biasa.di sekolah pencapaian akademik minah biasa hanya biasa sahaja.sehinggalah pada tahun 1965,iaitu ketika minah biasa berumur 15 tahun.pada ketika itu minah biasa telah diisytiharkan meniggal dunia.terpahat sejarah bahawa minah biasa yang bersekolah biasa mendapat kelulusan biasa dalam peperiksaan telah meniggal dunia.lalu minah biasa yang meniggal dunia itu telah di letakkan catatan di batu nisannya"minah biasa telah meniggal dunia pada tahun 1965".namun begitu tahun berikutnya minah biasa terus menjalani kehidupan seperti biasa.dia tetap seperti selalu pergi sekolah,tidur,makan dan bermimpi hanya yang biasa-biasa.setelah menamatkan alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan,minah biasa hanya mendapat pekerjaan sebagai buruh biasa untuk meneruskan kehidupannya yang biasa.akhirnya,pada tahun 2002 ketika berumur 52tahun minah biasa telah dikebumikan akibat kematian diserang penyakit yang biasa.lalu sejarah tercatat "bahawa minah biasa yang meninggal dunia dalam tahun 1965 telah dikebumikan pada tahun 2002".

No comments:

Post a Comment